Setelah menambah 9 jenis pengangkutan darat barangan pada akses permohonan diesel bersubsidi, kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan lagi akses tersebut kepada 14 jenis pengangkutan darat barangan di Semenanjung Malaysia.
Adanya penambahan ini, ia membolehkan syarikat pengangkutan barangan mengemukakan permohonan diesel bersubsidi pada laman Sistem MySubsidi Diesel dan selanjutnya boleh memohon Fleet Card daripada senarai syarikat minyak yang terlibat bagi perolehan harga yang berpatutan.
Ini senarai penuh tambahan jenis pengangkutan barangan:
- Lori Rigid – Curtainsider
- Lori Rigid – Hasil Pertanian
- Lori Rigid – Kandang Haiwan
- Lori Rigid – Kombinasi
- Lori Rigid – Open Platform
- Bas Food Catering
- Van Food Catering
- Lori Food Catering
- Lori Tangki Rigid – Minuman
- Semi – Panel Van
- Bas Perkhidmatan Bergerak
- Van Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Sampah
Ini senarai jenis pengangkutan lain yang turut terlibat:
CARA PERMOHONAN DIESEL BERSUBSIDI & FLEET CARD DI BAWAH SISTEM KAWALAN DIESEL BERSUBSIDI (SKDS 2.0) pic.twitter.com/0JF6U3HwTm
— KPDN (@KPDN_HQ) April 23, 2024