Artikel

KL Sentral Akan Dibangunkan Semula, Bermula Akhir 2024 Ini – MOT

Sebagaimana yang dirancang oleh pentadbiran negara sejak Ogos 2023 lalu – kelak dijangka pembangunan semula KL Sentral akan dijalankan pada akhir 2024 ini. 

Pelan itu dimaklumkan akan melibatkan kerjasama Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB). 

Selain menyediakan kemudahan yang lebih moden, pembangunan semula ini turut bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di KL Sentral. Langkah itu mengambilkira lokasi sebagai hab utama pengguna dalam khidmat pengangkutan. Maka ia menjadi tanggungjawab negara untuk menambahbaik kemudahan awam secara berperingkat. 

Berdasarkan pelan awal sebelum ini, dijangka kos pebangunan semula akan melibatkan lebih RM1 bilion perbelanjaan dan dijamin tidak memberi kesan kewangan ke atas pentadbiran negara. Malah ia turut disasar tidak menjejaskan perkhidmatan awam buat pengguna, dan stesen, berikutan ia kekal beroperasi seperti biasa.