Setelah menjadi antara 5 pemegang lesen bank digital yang diperakui Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kebenaran memulakan operasi selaku bank digital Islam di pasaran – kini dimaklumkan AEON Bank akan dilancar untuk semua pengguna mulai 26 Mei ini.
Menerusi pimpinan Raja Teh Maimunah selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AEON Bank, pihaknya menyasarkan untuk melengkapkan keperluan perbankan kepada pengguna individu dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bersama sejumlah perkhidmatan patuh-syariah.
Selain PMKS, tumpuan perkhidmatan turut akan diutamakan kepada kumpulan pekerja rencam – yang kurang mendapat kapasiti perkhidmatan perbankan.
Bagaimanapun untuk peringkat awal, terdapat beberapa penawaran khidmat akan tersedia termasuklah segmen simpanan, bajet perbelanjaan, tabung dan transaksi kepada pengguna individu. Namun berhubung segmen perniagaan pula dimaklumkan akan tersedia menjelang tahun 2025 kelak.
Apa yang menarik, pelbagai perkhidmatan di bawah AEON secara menyeluruh juga dijangka berpotensi diintegrasikan pada aplikasi bank digital ini kelak. Malah pihaknya miliki rancangan untuk melancarkan kad debit AEON Bank pada akhir tahun ini.
Pada matlamat itu, ini akan mengalakkan lagi lebih ramai pengguna negara untuk sertai menggunakan kemudahan bank digital ini, sama-sama kita nantikan.