Prestasi ekonomi yang menggalakkan pada Mac 2024 lalu, secara terus telah membolehkan pasaran buruh di negara kekal stabil – dengan bilangan pekerja di negara mencapai 17.10 juta individu, diikuti kadar pengangguran pula kekal 3.3% kepada 566,600 penganggur.

Melihat pada pengurangan jumlah penganggur itu, didapati pengangguran kalangan orang muda berusia antara 15 tahun sehingga 24 tahun telah menurun kepada 306,600 individu dan dalam kalangan 30 tahun pula menurun kepada 434,500 individu.
Persekitaran ini didorong hasil prestasi yang baik dalam sektor ekonomi dengan Perkhidmatan menyumbang peningkatan jumlah pekerja, disusuli sektor Pembuatan, Pembinaan, Perlombongan dan Pertanian.
Data di bawah Jabatan Perangkaan (DOSM) ini turut menunjukkan semakin ramai penduduk negara bertindak bekerja sendiri kepada 3.03 juta individu, diikuti berstatus pekerja (12.42 juta), majikan (599,000) dan pekerja keluarga tanpa gaji (492,000).
