CTOS Data Systems, menerusi anak syarikatnya CTOS Digital kini laksana Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bersama sekumpulan teknologi kewangan untuk meluaskan literasi kewangan dalam kalangan pengguna. Antaranya melibatkan gabungan tenaga bersama Atome, penyedia fintech BNPL, Bayar Nanti Pakai Lekas.
Usahasama itu akan memperlihatkan penyediaan skor kredit CTOS kepada pengguna platform. Di mana, ia memudahkan pengguna untuk mengetahui tahap kesejahteraan kredit mereka dan lebih memahami pengaturan aliran tunai ketika berbelanja.
Insiaitif ini akan mendorong pengguna, lebih bertanggungjawab dalam membuat keputusan sebelum melaksanakan perbelanjaan dan membantu mereka menambah-baik aliran tunai secara berkala.
Selain Atome, kerjasama itu turut melibatkan rakan fintech yang lain seperti MoneyX, PAYLTER, iMoney dan KawanPay.