Setelah berjaya meraih peningkatan untung berish sekitar 13% kepada RM144.88 juta pada 3 bulan pertama tahun 2024 ini, kumpulan Mr DIY kini bercadang untuk meluaskan lagi jejak jenama mereka di pasaran serantau, dengan bertindak membuka 180 cawangan lagi pada tahun ini.
Prestasi yang membrangsangkan itu didorong hasil jualan yang baik pada cawangan baharu diikuti margin kian melonjak susulan pengurangan rantaian bekalan serta kos penghantaran.
Maka adanya matlamat perluasan cawangan runcit tersebut, ini sekaligus akan mencapai sasaran kumpulan miliki 2,000 cawangan menjelang tahun 2028. Setakat ini, Mr DIY memiliki sejumlah 1,292 kedai di seluruh negara.