Artikel

Keputusan SPM 2023 Akan Diumumkan Pada 27 Mei Ini

Dalam tempoh 3 minggu lagi, pada 27 Mei 2024 kelak – seramai 395,870 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 dimaklumkan boleh laksana semakan keputusan peperiksaan masing-masing.

Perkongsian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini memaklumkan keputusan itu boleh diraih secara fizikal di sekolah pada jam 10 pagi atau dengan laksana semakan menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my pada 27 Mei sehingga 2 Jun 2024.

Tidak hanya itu para pelajar turut boleh laksana semakan secara atas talian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan SPM<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar pada talian 15888. 

Adanya saluran ini ia akan memudahkan semua pihak, ibubapa dan pelajar untuk mengetahui keputusan SPM secara terus.