Artikel

71,186 Individu Di Malaysia Kini Diisytihar Bebas Muflis

Sehingga Februari 2024, didapati seramai 71,186 individu di negara telah meraih pelepasan status bankrap. 

Usaha itu menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi telah dicapai menerusi Dasar Peluang Kedua yang dilancarkan pada Mac 2023 lalu. Di mana jumlah pelepasan ini bersamaan 54.8% daripada jumlah 130,000 individu yang disenarai bankrap di bawah dasar tersebut.

Insiaitif lain yang turut dilaksana negara pada dasar ini juga adalah dengan memberi pelepasan kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang miliki nilai hutang tidak lebihi RM200,000 untuk dilepaskan daripada status tersebut. 

Adanya perluasan dalam dasar ini, pentadbiran negara menjangkakan sasaran pelepasan berpotensi dicapai menjelang Oktober 2024 kelak. 

Berdasarkan penelitian status muflis ini juga, didapati data Jabatan Insolvensi bagi tahun 2020 sehingga 2023 menunjukkan tindakan pinjaman peribadi menjadi punca utama berlakunya kebankrapan dengan 18,343 kes dicatatkan pada tempoh tersebut. Lebih membimbangkan pada kategori muflis secara menyeluruh, lebih 14,000 kes melibatkan golongan muda berusia bawah 25 tahun sehingga 44 tahun. 

Berikutan jumlah tersebut, perluasan literasi kewangan harus dipergiatkan bagi meningkatkan pemahaman dalam kalangan rakyat negara. Khususnya dikala tekanan kos yang tinggi ketika ini. Kepentingan itu harus diutamakan demi kesejahteraan kewangan rakyat dan ekonomi negara.