Artikel

Ambank, CGC Tingkatkan Pembiayaan RM400 Juta – Perluas Ekosistem PKS

Bagi mengukuhkan ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara – Ambank kini meningkatkan pembiayaan sejumlah RM400 juta bersama jaminan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) di bawah Skim Jaminan Portfolio PKS. 

Insiatif itu secara akan terus menyokong arena PKS negara yang menjana lebih 97% nilai urusniaga di pasaran. Menerusi skim tersebut difahamkan sejak 2015 ia dilancarkan, hampir RM5 bilion telah diperuntukan bagi memanfaatkan lebih 6,000 PKS tempatan. 

Maka adanya pertambahan pembiayaan ia tidak sekadar mengukuhkan ekosistem tetapi turut meluaskan jejak PKS pada pasaran ekonomi digital meliputi industri e-dagang dan pasaran serantau.