Kos perkhidmatan menerusi Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) kini memaparkan peningkatan 1% bagi prestasi 3 bulan pertama 2024.
Data indeks tersebut menurut Jabatan Statistik (DOSM) – semua subsektor perkhidmatan negara telah alami peningkatan harga kecuali Pengangkutan yang kekal tidak berubah.
Peningkatan itu antaranya didorong oleh subsektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi yang meningkat 7.5%, diikuti peningkatan pada Penginapan dan Aktiviti khidmat Makanan & Minuman (2.5%) yang memperlihatkan aktiviti khidmat minuman naik 3.3%.
Sementara Restoran dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Bergerak pula meningkat sekitar 2.8%.
Manakala prestasi perkhidmatan melibatkan Pendidikan dan Aktiviti Hartanah pula memaparkan peningkatan yang lebih perlahan dengan 0.8% dan 0.6%. Disusuli khidmat Kesihatan (0.2%), khidmat Profesional (0.2%) dan khidmat Maklumat & Komunikasi (0.1%).
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) mengukur kepada perubahan harga perkhidmatan yang dikenakan oleh industri perkhidmatan tempatan di Malaysia

