Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan ini memaklumkan bahawa ciri peranan peguam telah diwujudkan bagi membenarkan peguam untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) pembayar cukai secara elektronik melalui e-CKHT.
Penyertaan ciri itu adalah selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Menurut LHDN permohonan melibatkan peranan peguam tersebut hanya dibenarkan untuk peguam di bawah firma guaman yang berdaftar dengan Badan Peguam negara merangkumi milikan tunggal atau perkongsian.
Maka menerusi kemudahan ini, pembayar cukai boleh menambah dokumen sokongan dan boleh mengemukakan borang secara elektronik berhubung keuntungan harta tanah.
Bagi tindakan lanjut, boleh merujuk kepada manual pengguna yang boleh dicapai menerusi Portal MyTax pada bahagian panduan pengguna berhubung permohonan dan penamatan peranan peguam atau wakil peguam.