Artikel

BNM Denda 14 Bank – Kesan Menyalahi Akta Perkhidmatan Kewangan

Bank Negara Malaysia (BNM) pada akhir Januari 2024 lalu memaklumkan telah mendenda 14 institusi kewangan di negara di bawah Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) – susulan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

Ketidakpatuhan yang diteliti menurut BNM, didasari berasaskan beberapa kriteria. Ini merangkumi penyerahan dokumen dasar maklumat urus-niaga, sistem maklumat kredit pengguna, sistem teknikal pembayaran serta perlindungan maklumat kredit pengguna. Pengenaan denda yang dilaksana itu adalah tertakluk kepada tindakan kelewatan penyerahan data kritikal, dokumen tidak lengkap atau kurang tepat berkaitan prestasi semasa dan tidak memenuhi tempoh masa yang ditetapkan. 

Namun difahamkan, ketirisan tersebut telahpun ditambahbaik oleh insitusi kewangan yang terlibat. 

Berhubung tindakan tersebut, didapati 5 perbankan berdepan nilai denda RM600,000 – antaranya CIMB Bank, HSBC Bank Malaysia, Bank Muamalat, Bank Islam, Bank of America Malaysia. Manakala 9 perbankan lain pula, ini pengenaan denda yang dilaksanakan;