Bursa Malaysia, kini melancarkan Bursa Reach iatu Hab Pemerolehan Remisier Bursa bagi meningkatkan jurang antara remisier dan pelabur dalam meneroka peluang pelaburan.
Remisier, pihak yang bertugas di firma broker untuk menjual dan membeli saham di pasaran saham bagi pihak leabur dengan memperolehi komisen.
Di mana menerusi platform tersebut, pelabur boleh dapatkan maklumat secara terus berkaitan aktiviti pelaburan wakil peniaga mereka dan dapat berhubung dengan meneliti portfolio dan seterusnya dapat menapis keputusan pelaburan berasaskan tahap risiko yanng diteliti.
Ketelusan ini sekaligus akan membentuk keyakinan selain menarik minat pelabur dalam mencari peluang pelaburan bersesuaian dengan portfolio mereka.
Lebih menarik, ketersediaan platform ini adalah percuma dan terbuka kepada semua organisasi yang mengambil bahagian dan orang ramai yang melabur. Setakat ini, terdapat 31 wakil peniaga daripada 4 organisasi seperti AmInvestment Bank, BIMB Securities, Malacca Securities dan Philip Capital.