Artikel

Jollibee Foods Sasar Perluaskan Rangkaian Kopi Pada Tahun 2024

Jollibee Food Corporation (JFC) kini meletakkan sasaran untuk mengutamakan pengukuhan pertumbuhan rangkaian kopi di bawah operasinya pada tahun ini. Aturan itu secara langsung akan melibatkan jenama Highlands Coffee dan The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). 

Berdasarkan aturan itu, ini seiring dengan matlamat kumpulan untuk meluaskan lagi operasinya dengan pembukaan 750 cawangan perkhidmatan segeranya pada 2024. Setakat ini JFC telah memiliki sekitar 779 rangkaian di seluruh pasaran bersama CBTL pula sekitar 1,164 rangkaian. 

Selain dua jenama tersebut, rangkaian teh Milksha dan kafe Common Man Coffee Roasters (CMCR) dan Tiong Bahru Bakery turut akan diperluaskan.

JFC ketika ini telah mencapai hasil pertumbuhan 15% untuk kepada $4.4 bilion dalam tempoh 12 bulan sehingga  31 Disember 2023 lalu. Sementara pendapatan bersih kumpulan pula meningkat 22% kepada $162.3 juta pada tempoh yang sama.