Artikel

Solar BOLEH! Kini Luaskan Akses Rakyat Malaysia Pasang Solar Di Rumah

Bagi memudahkan lagi capaian rakyat ke atas pemasangan sistem solar di premis kediaman – kerajaan kini memperkenalkan Inisiatif Solar Peralihan Tenaga untuk Rakyat (Solar@Petra) bersama kemudahan pembiayaan melalui program Solar BOLEH!, dalam membantu rakyat meraih manfaat peralihan tenaga di pasaran.

Program ini memperlihatkan kerjasama antara PETRA, AEON Company (M) Berhad, SOLS Energy dan Bank Simpanan Nasional yang bertujuan mempromosikan tawaran produk solar inovatif kepada pengguna domestik di Malaysia.

Di mana rakyat boleh laksana langganan pemasangan sistem solar bersama rakan kerjasama ini meliputi di cawangan AEON seluruh negara dan mendapatkan mata ganjaran bersama AEON. Sementara bersama BSN pula, kakitangan kerajaan berupaya meraih kemudahan pembiayaan solar menerusi BSN MyRinggit-i panel Solar dengan kadar keuntungan yang kompetatif dan pembayaran boleh dilaksana secara pemotongan gaji.

Manakala langgaran solar bersama SOLS Energy pula akan menyediakan kaedah pembiayaan solar berasaskan model sifar modal kepada pengguna domestik.

Buat pengetahuan, Solar BOLEH! ini merupakan tambahan kepada Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) yang diperkenalkan Kerajaan pada bulan April 2024 dan sedang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad. Adanya pertambahan saluran langganan ini, ia bertepatan dengan usaha negara untuk kurangkan jejak karbon secara berperingkat.