Artikel

Shell Rancang Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco, Bernilai $1 Bilion – Laporan

Shell kini bercadang menjual segmen perniagaan stesen minyak di Malaysia kepada Saudi Aramco. 

Mengikut laporan Reuters, rundingan peralihan itu telahpun dilaksana sejak akhir 2023 lalu dan dijangka akan dimuktamadkan dalam beberapa bulan mendatang. 

Difahamkan perolehan rangkaian minyak kedua terbesar di Malaysia itu berpotensi membawa penjualan nilai sehingga $1 bilion. 

Langkah itu dimaklumkan selari dengan matlamat Shell untuk melepaskan kilang penapisan dan petrokimia di Singapura bagi memberi fokus kepada segmen perniagaan yang lebih menguntungkan – antaranya melibatkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Secara menyeluruh, setakat ini terdapat sejumlah 950 cawangan stesen minyak Shell di seluruh Malaysia. Sekiranya peralihan itu dijayakan, ini selari dengan matlamat Saudi Aramco untuk menjadikan Malaysia selaku hab minyak pada pelan pasaran globalnya.