Artikel

Tealive Ingin Tembusi Pasaran Indonesia – Menjelang Akhir 2024 

Sekiranya jenama berjaya mengukuhkan kedudukan operasi mereka dengan mencapai 100 cawangan di Filipina pada suku ketiga 2024 kelak – Tealive kini miliki hasrat untuk menembusi pasaran Indonesia, menjelang akhir tahun ini.

Hasrat syarikat induknya, Loob Holdings ini bertepatan dengan matlamat untuk menembusi 3 pasaran baharu pada setiap tahun untuk perluaskan jenama Tealive di pasaran antarabangsa.

Setakat ini sahaja, Loob Holding telah membuka 57 cawangan di Filipina sementara 43 cawangan lagi akan tersedia mulai suku ketiga 2024 kelak.

Secara menyeluruh terdapat lebih 1,000 cawangan Tealive di seluruh dunia dengan pengguna Malaysia meliputi sekitar 5 juta pengguna setiap bulan, diikuti sokongan pengguna Vietnam, Myanmar, Australia, Kemboja,Brunei, Kanada, Mauritius dan Filipina.