Populasi digital di pasaran tempatan, diperhatikan terus berkembang apabila setakat tahun 2023 – didapati Malaysia kini memiliki 313 firma fintech (teknologi kewangan) berbanding tahun 2022 dengan 294 syarikat fintech.
Data berlandaskan laporan Fintech 2023 Malaysia ini memperincikan percambahan tersebut didorong hasil penyertaan dalam beberapa segmen fintech. Antaranya memperlihatkan khidmat saluran pembayaran terus rancak dengan pertambahan 12 pemain kepada 72 syarikat, diikuti segmen dompet digital bersama 44 penyedia, pinjaman dengan 45 syarikat, segmen kiriman wang dengan 30 syarikat, insurans teknologi (30), fintech islamik (17).
Menerusi perkembangan itu, ini pecahan peratusan syarikat fintech di Malaysia setakat ini:
Selain percambahan itu, kelak dijangka sektor fintech negara akan terus meningkat menerusi pelaksanaan operasi bank digital di Malaysia. Ketika ini sahaja dapat disaksikan kehadiran 7 bank digital mula tersedia. Jumlah itu disasar meningkat dengan kehadiran beberapa bank digital baharu yang lain antaranya Aeon Bank dan Ambank.
Untuk mengetahui perincian lanjut, di bawah adalah senarai penuh landskap fintech di Malaysia setakat 2023: