Selari dengan pengenalan Akaun Fleksibel iaitu Akaun 3 yang akan dilaksanakan mulai 11 Mei 2024 kelak – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memaklumkan pihaknya akan jalankan penyelenggaraan sistem dalam talian KWSP untuk tindakan tersebut.
Notis yang dimaklumkan menerusi aplikasi mudah-alih itu, menjelaskan sistem KWSP akan alami gangguan sementara pada 10 Mei hingga 11 Mei. Tindakan ini sekaligus tidak sekadar meningkatkan kecekapan akses tetapi untuk menambah-baik capaian sistem pada jangka masa panjang.
Berikutan langkah itu, bagi memastikan aturan transaksi secara atas talian tidak terkesan dan berjalan lancar – semua para pencarum dan majikan diminta melaras semua urusan berkaitan bersama KWSP.
KWSP memberi jaminan, segala proses transaksi dan permohonan yang bakal tertangguh akan diteruskan semula setelah langkah naik-taraf ini selesai.
