Artikel

Selangor Akan Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri

Berpadanan dengan visi negara, untuk menambahbaik pendapatan penjawat awam – Selangor kelak turut akan menaikkan gaji penjawat awam mereka. Dijangka aturan ini akan membabitkan sejumlah 21,736 kakitangan awam negeri.

Pelarasan ini sekaligus seiring dengan aturan kerajaan persekutuan bagi kenaikan minimum lebih 13% pada Disember 2024 ini.

Untuk tindakan lanjut, perincian tersebut dimaklumkan akan dilaksanakan sewaktu pembentangan Belanjawan Negeri 2025. Menerusi aturan itu, ia dijangka menjadi pendorong kepada warga penjawat awam negeri untuk meningkatkan prestasi mereka secara berperingkat.