Syarikat induk Uniqlo, Fast Retailing kini dalam usaha meningkatkan pengambilan kakitangan mereka bahagian pengurusan bukan kalangan warga Jepun. Pihaknya memaklumkan, menjelang 2030 disasar 80% lantikan pengurus adalah kalangan warga asing, sementara 40% pula pada peranan eksekutif operasi.
Langkah ini seiring dengan matlamat operasi untuk meluaskan jejak jenama rangkaian mereka di pasaran global. Setakat ini, 56% daripada 2,144 pengurus adalah kakitangan bukan warga Jepun. Diikuti 19% pula adalah petugas eksekutif.
Buat pengetahuan umum, aturan ini juga bertepatan dengan perolehan Fast Retailing pada pasaran semasa. Di mana lebih 50% hasil yang diraih syarikat induk sehingga Ogos 2023, adalah disumbangkan oleh operasi antarabangsa.
Maka perluasan penyertaan kakitangan warga asing ini dilihat akan menjadi tindakan lanjut kumpulan untuk melonjakkan pertumbuhan mereka secara berkala.