Artikel

CUEPACS: Penjawat Awam Bermasalah Wajar Tidak Diberi Kenaikan Gaji

Cuepacs, Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam melihat tindakan pentadbiran member amaran untuk tidak memberi kenaikan gaji ke atas kakitangan yang bermasalah adalah wajar. Tindakan sedemikian secara langsung membantu menambahbaik kualiti dan integriti dalam kalangan penjawat awam. 

Walaupun akui jumlah kumpulan berkelakuan tersebut adalah kecil namun  langkah tersebut perlu dilaksanakan, termasuklah memberi tindakan tatatertib. Menurut CUEPACS pada laporan, kumpulan ini akan dikenalpasti berlandaskan laporan prestasi tahunan yang disediakan oleh setiap ketua jabatan. 

Seperti yang umum ketahui, pada Hari Pekerja lalu – kerajaan telah bertindak mengumumkan kenaikan lebih 13% akan dilaksanakan pada Disember 2024 ini ke atas gaji pekerja awam negara. Akan tetapi pelaksanaan ini ditegaskan tidak terpakai untuk penjawat yang miliki rekod kerja rendah.

Dan difahamkan perincian kenaikan gaji penjawat awam ini akan dimaklumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 kelak – iaitu pada Oktober 2024.