Artikel

F&N Malaysia Optimis Pastikan Harga Produk Kekal – Namun Akui Tekanan Kos Semasa

Biapun berdepan tekanan krisis ekonomi dan kos semasa, prestasi separuh pertama operasi F&N bagi tahun ini, dilihat terus memaparkan peningkatan yang membrangsangkan – apabila berjaya meraih lonjakan 10.7% kepada RM2.68 bilion.

Pertumbuhan ini menurut F&N pada sidang kewangannya hari ini, didorong pelaksanaan jualan yang berkesan semasa musim perayaan dan jualan awal sempena sambutan Hari Raya. Malah aliran eksport yang lebih tinggi juga telah menyumbang kepada pertumbuhan hasil bagi F&B Malaysia dan F&B Thailand.

Maka untuk mengukuhkan lagi prestasi sedemikian, F&N optimis akan perancangan operasi membangunkan ladang tenusu bersepadu di Gemas, Negeri Sembilan berupaya menjadi pemacu kepada sokongan penghasilan produk kumpulan. Ladang tersebut dijangka akan mula beroperasi pada awal 2025 kelak.

Tatkala menanti ketersediaan sokongan pengeluaran itu, F&N akui akan perubahan tekanan kos melibatkan bekalan komiditi di pasaran. Pihaknya memaklumkan setakat ini tiada tindakan kenaikan harga produk akan dilaksanakan. Sekiranya berlaku perubahan tersebut, maklumat lanjut akan dikongsikan kepada semua pihak.