Artikel

Peniaga Perlu Bersedia – Malaysia Dijangka Berdepan El Nino Sehingga Julai Ini

Fenomena El Nino, iaitu persekitaran kemarau di Malaysia dijangka akan berterusan sehingga Julai 2024 kelak. 

Keadaan ini mengikut pengamatan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan dipantau Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) secara berkala. Ketika ini, pihak pentadbiran sedang meneliti tahap udara berhubung jerebu dalam negara dan di rentas sempadan. 

Malah difahamkan terdapat beberapa kawasan khususnya di Kelantan, Perlis dan Kedah dijangka berdepan cuaca lebih berbanding negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Sekiranya perlu dijangka inisiatif pembenihan awam akan dilaksanakan bagi menampung keperluan paras air di negara.

Maka menerusi lanjutan tempoh musim kemarau ini, kumpulan peniaga disarankan laksana langkah bersedia untuk sebarang perubahan harga pada bekalan komoditi. Ini merangkumi kesannya pada pengeluaran koko, kopi dan gula di pasaran global.

El Nino atau disebut sebagai El Nino-Southern Oscillation (ENSO) adalah fenomena cuaca panas kering yang berlaku kesan pemanasan perairan meliputi Lautan Pasifik tengah dan timur. Kemasukan arus panas dari bahagian tengah telah membawa kesan kepada perubahan suhu permukaan laut lebih tinggi di bahagian timur. Ia secara langsung mendorong bahagian barat Pasifik meliputi Malaysia berdepan tekanan tinggi atmosfera mengakibatkan berlakunya cuaca lebih kering. Difahamkan fenomena ini berlaku pada setiap 2 tahun-7 tahun dan ia akan berpanjangan antara tempoh 6 bulan sehingga 18 bulan.