Artikel

Sarawak Tunggu Kelulusan BNM, Raih Majoriti Pegangan Pada Affin Bank

Sarawak ketika ini memaklumkan pihaknya masih menanti kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung tindakan mengambil-alih majoriti kepentingan pada Affin Bank. 

Perkongsian Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari pada hari ini memperincikan – pihaknya telah melengkapkan keperluan penting dan proses tersebut difahamkan di peringkat akhir untuk dimuktamadkan. 

Sekiranya proses pengambilalihan ini mencapai kesepakatan, Sarawak berupaya menjadi pemegang saham majoriti dengan nilai maksimum kepentingan 32% dibenarkan oleh BNM. Menerusi kelulusan tersebut, dijangka akan berlakunya perubahan lembaga pengarah di bawah Sarawak Incorporated. 

Menerusi penambahan kepentingan itu, usaha ini dijangka akan mengukuhkan lagi pasaran ekonomi negeri – antaranya memperkasakan ekosistem perniagaan dan pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak.