Artikel

Microsoft Umum Labur RM10.5 Bilion Di Malaysia – Perluas Infrastruktur Digital, AI

Setelah bertapak selama 32 tahun pada arena negara – Microsoft kini memaklumkan akan melabur sejumlah RM10.5 bilion ($2.2 bilion) di Malaysia untuk menyokong agenda transformasi digital negara dalam tempoh 4 tahun mendatang. 

Pelaburan ini untuk pengetahuan umum meliputi penyertaan Microsoft dalam membina infrastruktur awanan dan kecerdanan buatan (AI) di negara, diikuti mewujudkan peluang kemahiran AI buat 200,000 lagi rakyat tempatan, mengukuhkan kerjasama dalam menubuhkan Hab AI bersama Kerajaan Malaysia dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun perisian di Malaysia

Maka adanya sokongan sedemikian, ia secara jelas akan membantu pemain industri bersama syarikat negara untuk meraih manfaat teknologi terkini dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi secara berperingkat. 

Berdasarkan perkongsian Satya Nadella, CEO Microsoft pada sidang rasmi hari ini – AI berpotensi menyumbang hampir $1 trillion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di peringkat Asia Tenggara menjelang 2030 dan dijangka Malaysia pada jumlah tersebut berupaya meraih sekitar $115 bilion

Secara menyeluruh, usaha pelaburan ini turut akan melanjutkan kerjasama Microsoft di bawah segmen Insiatif Bersama Malaysia yang dilaksanakan pada April 2021 lalu. Berdasarkan komitmen itu sebelum ini, lebih 1.53 juta rakyat Malaysia kini telah dilengkapi pemahaman digital.