Artikel

TNG Digital Perkenal Kalkulator Kadar Pertukaran Asing – Mudahkan Pengguna Kad Visa Urus Perbelanjaan

Demi memastikan kesedaran pengguna kad VISA Touch ‘n Go dalam menguruskan perbelanjaan mereka dan menjejak aliran transaksi terus diperkasakan – TNG Digital kini perkenalkan kalkulator kadar pertukaran asing baharu pada aplikasi TNG eWallet buat kemudahan mereka. 

Pada inisiatif itu, ia secara langsung membantu para pengguna untuk bersedia akan sebarang perubahan aliran pertukaran asing yang berlaku. Di mana mereka boleh menyemak sebelum melakukan sebarang pembelian di luar negara. Ciri ini sekaligus menyokong ketersediaan pengguna akan sebarang isu kejutan wang yang berlaku di pasaran semasa. 

Menurut TNG, dengan sokongan inisiatif tersebut ia selari dengan matlamat operasi untuk menjadi penyedia aplikasi penyelesaian kewangan pilihan pengguna – tidak hanya di pasaran tempatan tetapi merangkumi pasaran antarabangsa.