Bagi mengukuhkan lagi rangkaian jenama makanan segera tempatan, Marrybrown kelak akan tembusi pasaran Kemboja dan Uzbekistan pada perancangan perluasan jenama mereka di peringkat global tahun ini.
Selain dua negara baharu itu, Marrybrown untuk makluman umum telahpun meluaskan jejak mereka di Singapura, Maldives, Sweden, India dan Melbourne, Australia.
Menurut jenama, perluasan di Kemboja dan Uzbekistan ini akan ditampilkan dengan pelbagai penarawan pilihan menu – meliputi permintaan komuniti tempatan dan negara terlibat.
Tidak hanya perluasan antarabangsa, tahun ini juga Marrybrown bercadang membuka 5 rangkaian baharu di Malaysia melibatkan di Johor, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang dan Selangor. Secara menyeluruh kini Marrybrown memiliki lebih 500 cawangan di pasaran bersama 250 cawangannya di pasaran tempatan dan selebihnya di pasaran luar negara.