Artikel

Luno Kini Tawar 13 Kriptowang Di Malaysia – Mula Menambah ATOM Dan DOT

Luno, bursa aset digital kini telah mengemaskini penawaran kriptowang mereka di Malaysia – dengan menyenaraikan kemasukan baharu iaitu Cosmos (ATOM) dan Polkadot (DOT). Aturan ini sekaligus menjadikan penawaran kriptowang Luno kepada 13 jenis. 

Adanya perluasan ini, ia tidak sekadar membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan variasi kriptowang tetapi turut meluaskan lagi kepelbagaian pelaburan kriptowang pengguna di pasaran negara. 

Buat pengetahuan umum, Oktober 2023 telahpun menambah Polygon (MATIC) pada aplikasi dan laman rasmi Luno. Maka menerusi penambahan ATOM dan DOT, ini menjadikan ia sebagai penawaran kriptowang pertama baharu yang ditambah pada tahun ini. 

Setakat ini sahaja, pengenalan pelaburan kriptowang Luno telah diperluas kepada lebih 12 juta pengguna dan kini telah tersedia di lebih 40 buah negara meliputi benua Eropah, Afrika, Asia dan Australia.