Artikel

Pengguna Kini Boleh Guna Kad Debit, Kad Kredit Di Semua Kaunter Khidmat Rapid KL

Bertepatan dengan perluasan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) dalam perkhidmatan awam negara, Rapid Rail kini memaklumkan – pengguna pengangkutan awamnya boleh menggunakan kad debit, kad kredit sebagai mod pembayaran baharu dalam perkhidmatan mereka. 

Ini melibatkan pengguna transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel dan bas rapid transit (BRT) pada kemudahan transaksi membeli token, menambah nilai kad Touch ‘n Go, dan melanggan pas perjalanan My50 atau MyCity.

Maka menerusi penambahan mod pembayaran sedemikian di seluruh kaunter perkhidmatan mereka – pengguna tidak lagi perlu khuatir sekiranya mengalami kekurangan wang tunai ketika menggunakan khidmat pengangkutan awam bersama Rapid KL.

Untuk mengetahui lanjut perluasan kemudahan ini, orang awam boleh layari laman rasmi Rapid KL bagi perincian seterusnya.