Artikel

Gaji Penjawat Awam Akan Naik Lebih 13%, Mulai Disember 2024 – PM Anwar

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memaklumkan agenda pelarasan gaji penjawat awam negara. Di mana bermula tahun 2024, pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetap mesti melebihi RM2,000 sebulan.

Makluman bersempena Hari Pekerja ini, turut menjelaskan kenaikan gaji penjawat awam tersebut akan dilaksana lebih 13% mulai Disember 2024 ini, ia menjadi lonjakan tertinggi pernah dilaksanakan negara. 

Adanya pelaksanaan ini, ia secara langsung membantu petugas awam menampung tekanan kos semasa, khususnya bagi penduduk di bandar yang berdepan peningkatan kos sara hidup berganda.