Artikel

3 Firma Semikonduktor Berminat Labur $100 Juta Di Pulau Pinang

Pulau Pinang terus menjadi pilihan pelabur dalam segmen perindustrian negara, apabila terdapat 3 syarikat semikonduktor baharu mula menyatakan minat untuk melabur, melibatkan sejumlah $100 juta.

Kemasukan pelaburan ini sekaligus akan merancakkan lagi pembangunan inovasi teknologi bersama pakej semikonduktor bervolum tinggi. Malah ia tidak sekadar melonjakkan segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) tetapi turut mengetengahkan perkongsian kepakaran semikonduktor antara negara.

Aturan ini berdasarkan makluman Blue Chip Venture Capital (BCVC) akan melibatkan firma China Wafer Level CSP Co, Ningbo SJ Electronics Co dan Wuxi AMTE Inc.

Maka adanya perluasan pelaburan ini, dijangka lebih banyak peluang pekerjaan mampu diwujudkan negara secara berkala. Malah ini turut menjadi nilai tambah kepada Pulau Pinang, menjadi hab reka bentuk IC di masa akan datang.