Artikel

Bank Negara, MOF Anjur Forum Ekonomi Islam Global – Pada 28-29 Mei Ini 

Dalam usaha membentuk ekonomi islam global berdaya tahan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan akan menganjur Global Forum of Islamic Economics & Finance (GRIEF) pada 28 hingga 29 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelak.

Menerusi agenda itu, ia akan membantu semua pemain meluaskan lagi potensi ekonomi dalam kewangan Islam pada pertumbuhan semasa. Tidak sekadar melibatkan sektor halal tetapi turut merangkumi inisiatif patuh-syariah, sokongan teknologi serta cabaran pemain ekonomi berhubung kesan krisis yang berlaku.

Berlandaskan pelaksanaan itu, dijangka sejumlah pemain industri meliputi tempatan dan antarabangsa akan sertai forum ini iaitu lebih 50 panel serta akan menghubungkan pelbagai pempamer syarikat diikuti penyertaan lebih 1,500 peserta antaranya agensi, kementerian, dan pengawal-selia.

Buat pengetahuan umum, anjuran ini adalah hasil kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, International Islamic Liquidity Management Corporation, Islamic Development Bank, Islamic Financial Services Board dan World Bank Group.