Rentetan terdapat laporan memaklumkan lebih 100 cawangan KFC berdepan penutupan sementara di seluruh negara – QSR Brands selaku pengendali utama rangkaian jenama makanan segera tersebut mengesahkan tindakan sedemikian adalah tindak-balas operasi untuk atasi isu peningkatan kos semasa.
Malah kesan boikot berikutan krisis timur tengah ketika ini turut meningkatkan lagi impaknya pada operasi semasa.
Menurut QSR, kumpulan pekerja yang terkesan telah ditawar untuk berkhidmat pada cawangan yang dibuka. Langkah ini bertujuan untuk memastikan kualiti perkhidmatan kekal dijaga.
Buat pengetahuan umum, ketika ini QSR Brands bertanggungjawab mengendalikan rangkaian KFC di Malaysia dengan memiliki lebih 600 cawangan. Berdasarkan laporan berhubung penutupan sementara, didapati Kelantan berdepan 21 cawangan yang diitutup sementara, diikuti 15 cawangan di Johor, Selangor (11), Kedah (11), Terengganu (10), Pahang (10). Perak (9), Negeri Sembilan (6), Penang (5), KL (3), Melaka (2), Perlis (2), Sarawak (2) dan Sabah (1).