Bertepatan dengan pelan pembangunan ibu kota baharu Indonesia, di Nusantara – yang mahukan aliran kenderaan tertumpu kepada pengangkutan awam (80%) berbanding kenderaan individu (20%), kelak dijangka kebanyakan jenis pengangkutan yang tersedia di bandar ini akan berteraskan kepada kenderaan elektrik (EV).
Mengikut kenyataan Pendanaan dan Pelaburan Penguasa Nusantara (OIKIN), ketika ini terdapat beberapa pelabur domestik dan antarabangsa menyatakan minat mereka untuk menyokong pemabangunan ekosistem EV di Nusantara.
Ia dilihat seiring dengan konsep bandar lestari yang ingin diwujudkan Indonesia.
Buat masa ini, terdapat beberapa syarikat telah mula melaksanakan projek EV di bandar tersebut – antaranya Bluebird iaitu pengendali teksi Indonesia yang bercadang menyediakan kemudahan bas elektrik. Diikuti ComforDelGro, pengangkutan milik Singapura yang turut ingin melabur pada sektor pengangkutan EV di bandar tersebut.
Manakala pada penglibatan di peringkat pengilangan EV pula, dimaklumkan BYD antara jenama yang ingin mengambil bahagian pada pembangunan tersebut.