Artikel

Harga Makanan Ruji Kini Mulai Menurun, Sejak Suku Ketiga 2022

Meskipun setiap negara berdepan tekanan kos yang berbeza, berdasarkan indeks harga makanan Bank Dunia – didapati harga makanan ruji kini menunjukkan penurunan sejak suku ketiga 2022, ini meliputi harga seperti gandum dan jagung. 

Melihat pada indeks itu, ia berupaya membawa kepadda penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) dunia kepada 5.1% bagi 3 bulan pertama 2024. Malah laporan bersama Oxford Economics menjangkakan menerusi data tersebut, paras harga makanan akan terus menurun sekitar 5.6% pada tahun ini dan meningkat kembali secara berkala bermula tahun 2025. 

Antara faktor lain yang turut mempengaruhi harga runcit makanan adalah keupayaan perolehan bekalan yang lebih tinggi pada segmen tanaman penting. Buat pengetahuan umum, ketika ini 3 tanaman ruji seperti gandum, beras dan jagung didapati menyumbang lebih separuh daripada pengambilan kalori global. 

Maka penting untuk pemain industri memahami tekanan kos komoditi tersebut untuk mengetahui hala tuju belanjawan makanan ke atas pengguna mereka. 

Sekadar imbasan untuk makluman umum, sebelum ini harga gandum dan jagung telah melonjak berikutan konflik antara Rusia-Ukraine, manakala beras pula berdepan situasi sukar apabila bekalan global terhalang oleh sekatan eksport yang dikenakan oleh India, yang menyumbang kira-kira 40% daripada pengeluaran beras dunia. 

Tindakan itu berlaku kesan fasa penuaian yang lemah. Keadaan ini secara langsung mewujudkan tekanan ke atas harga komoditi makanan dunia.