Artikel

Capital A Jual Saham AirAsia Aviation Group, AirAsia – Bernilai RM6.8 Bilion

Capital A kini telah mencapai kesepakatan jual beli saham bersyarat bersama AirAsia X (AAX) bagi melupuskan 100% pegangan ekuitinya pada AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) dengan jumlah RM6.8 bilion. 

Langkah ini pada makluman Bursa, akan memperlihatkan peralihan segmen penerbangan Capital A kepada AAX. Mengikut perincian, pelupusan AAAGL sebanyak RM3 bilion akan dilaksana menerusi penerbitan 2.3 bilion saham AAG baharu dengan nilai harga terbtan RM1.30 bagi setiap saham. 

Sementara bagi AAB pula, pelupusan sedemikian akan dilaksana secara berhutang dengan membawa kepada nilai RM3.8 bilion. Di mana baki hutang Capital A perlu dijelaskan dalam tempoh setahun setelah peralihan dimuktamadkan.

Menerusi perjanjian ini, ia secara langsung meletakkan nilai keseluruhan kepentingan ekuiti dalam AAAGL antara RM2.7 bilion dan RM3.5 bilion. Buat pengetahuan umum AAAGL memiliki AirAsia Thai, AirAsia Filipina, AirAsia Indonesia dan AirAsia Kemboja. Bagi AAB pula, ia mengendalikan AirAsia Malaysia, perjanjian ini turut menilai kepentingan ekuitinya antara RM3.48 bilion dan RM4.37 bilion.