Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini mengeluarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang baharu, memperlihatkan inflasi Malaysia terus mereda, kekal pada kadar 1.8% bagi tempoh Mac 2024.
Peratusan ini mengikut data telah memaparkan peningkatan pada segmen Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (3.0%), Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.0%), Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.6%) dan Pengangkutan (1.3%).
Namun ia telah diimbangi dengan kumpulan utama yang merekodkan peningkatan lebih perlahan iaitu Kesihatan (2.1%), Makanan & Minuman (1.7%) dan Rekreasi, Sukan & Kebudayaan (1.5%).
Berdasarkan perincian lanjut, DOSM turut dapati peningkatan 3% berbanding 2.7% pada Februari 2024 bagi Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain disumbangkan oleh kelas perbelanjaan Bekalan air yang meningkat kepada 31.4% pada Mac 2024.
Situasi ini berlaku ekoran Negeri Kedah telah menaikkan kadar tarif perkhidmatan bekalan air bagi kategori pengguna domestik bermula Mac 2024 berbanding negeri lain yang telah melaksanakan kadar tarif baharu pada Februari 2024.
Sementara inflasi berkaitan makanan pula terus memperlihatkan peningkatan apabila kos Makanan di rumah meningkat 0.3% pada bulan Mac 2024 (Februari 2024: 0.5%) dan kos Makanan di luar rumah pula meningkat kepada 3.5%.
