Artikel

Tony Fernandes Kekal Selaku CEO Capital A – Bagi Khidmat 5 Tahun Seterusnya 

Capital A, kumpulan perkhidmatan penerbangan serantau kini memaklumkan Tony Fernandes kekal selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka berikutan lanjutan kontrak khidmatnya telah diperbaharui – bagi tempoh 5 tahun seterusnya.

Menerusi lanjutan peranan tersebut, Tony memaklumkan pihaknya akan memberi fokus kepda pemacuan pertumbuhan dan pulangan kewangan kepada operasi Capital A.

Selain itu, sasaran perkembangan ini turut melibatkan kumpulan AirAsia – di mana dijangkakan terdapat pelbagai inovasi akan dilaksanakan pada tawaran penerbangan di peringkat global. Usaha yang sama turut akan diperluas kepada segmen perniagaan lain dengan Teleport, MOVE Digital, Capital A Aviation Services Group (CAPAS) dan Capital A International.