Perluasan penggunaan dan capaian teknologi di Malaysia kini dilihat semakin membrangsangkan – apabila pada akses komunikasi semasa, sekitar 99.3% isi rumah di negara miliki akses telefon bimbit. Daripada peratusan itu, ternyata 97.6% telah memilih menggunakan telefon pintar sementara 16.3% pula kekal pada capaian telefon biasa.
Data Jabatan Perangkaan (DOSM) pada perkongsian Statistik ICT minggu ini turut memaparkan berlakunya peningkatan pada akses internet dalam kalangan penduduk negara. Di mana 96.4% isi rumah di Malaysia kini miliki akses internet – dengan pecahan kepada 95.3% menggunakan capaian internet jalur lebar mudah alir, diikuti 47.1% pula menggunakan internet jalur lebar tetap. Manakala capaian internet di luar bandar turut meningkat kepada 89.8% dan bandar pula 98.4%.
Selain akses tersebut, penggunaan peranti seperti komputer turut meningkat di Malaysia kepada 80.4% berikutan tuntutan keperluan pendidikan, kemahiran kerja serta kegunaan peribadi semasa.