Artikel

Syarikat Pengangkutan Darat Barangan Kini Boleh Mohon Fleet Card – Beli Diesel Bersubsidi

Untuk memastikan isu ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan ditangani, kini syarikat bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) boleh kemukakan permohonan diesel bersubsidi menerusi laman Sistem MySubsidi Diesel di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Buat pengetahuan umum, permohonan ini telahpun dilanjutkan ke fasa kedua sejak 7 Mac lalu dan tidak hanya syarikat, perkhidmatan kenderaan melibatkan individu juga boleh laksana permohonan tersebut. Bagaimanapun setakat ini permohonan itu terbuka untuk Semenanjung Malaysia.

Mengikut perincian KPDN, setelah meraih kelulusan kelayakan membeli diesel bersubsidi ini, para pemohon perlu laksana permohonan Fleet Card daripada syarikat minyak dengan mengemukakan bukti dokumen kelulusan bersama senarai kenderaan yang telah diakui KPDN kepada syarikat minyak berkaitan. Aturan ini kelak akan membolehkan syarikat menikmati pembelian diesel pada harga subsidi bersama syarikat minyak pilihan mereka.

Berikut adalah senarai kenderaan yang berkelayakan menerima subsidi diesel: