Berikutan berlakunya kenaikan harga koko global kebelakangan ini, Nestlé Malaysia kelak bercadang menyelaraskan semula harga produknya di pasaran negara dan dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Tindakan itu difahamkan akan melibatkan beberapa produk terpilih sahaja.
Makluman Nestlé pada laporan pelancaran peraduan Nestlé Salary For Life ini turut memperincikan perubahan harga produk tersebut hanyalah ditahap sederhana sahaja dan pihaknya menjamin langkah itu tidak akan menjejaskan kuasa beli pengguna di Malaysia.
Buat pengetahuan umum, minggu lalu telah memperlihatkan kenaikan hampir 6% ke atas harga niaga hadapan koko di pasaran dunia. Sekiranya persekitaran harga komoditi antarabangsa ini kekal berterusan – ia dijangka akan melandaikan sentimen pengguna pada tahun 2024 kesan tekanan inflasi makanan.
Walaupun berdepan tekanan sedemikian Nestlé Malaysia kekal optimis perubahan harga tersebut sekadar di tahap minimum dan tidak melibatkan jumlah produk yang besar ke atas pengguna negara.