Artikel

Maybank Kini Lancar Maybank Goal-Based Investment – Bolehkan Pengguna Melabur Serendah RM200

Setelah menampilkan ciri pelaburan sejak beberapa minggu lalu, Maybank kini secara rasminya melancarkan Maybank Goal-Based Investment buat para pengguna di Malaysia dan Singapura pada hari ini (22 April) – yang mana meluaskan akses pengguna untuk melabur dalam portfolio Unit Amanah yang bersesuaian dengan tahap risiko pelaburan mereka.

Apa yang menarik, ciri pelaburan runcit digital baharu ini membolehkan pengguna melabur serendah RM200 bersama caj jualan pada maksimum 1.5% dan tanpa tempoh lock-in. Namun bermula hari ini sehingga 25 Jun kelak dimaklumkan pengguna boleh nikmati caj jualan 0% untuk pelaburan awal mereka.

Jelas Maybank pada meja bulat bersama Rnggt hari ini, penyertaan ciri pelaburan itu boleh di akses secara terus pada aplikasi MAE dan laman Maybank2u. Di mana pengguna turut diberi pilihan bagi dana konvesional atau patuh-syariah. Lanjutan itu, terdapat 3 segmen pelaburan akan tersedia buat pengguna – merangkumi kategori Persaraan, Pendidikan dan Peningkatan Dana Kekayaan Semasa

Menerusi penglibatan pengguna pada segmen tersebut ia tidak sekadar meningkatkan dana Simpanan pada jangka masa panjang, akan tetapi ia turut menggalakkan pengguna meraih akses pelaburan digital bersama Maybank – tanpa perlu berhubung bersama cawangan fizikal. 

Malah, ciri ini turut tersedia buat bukan-pengguna Maybank dengan membolehkan mereka mendaftar akaun pelaburan di MAE dan laman M2U dalam masa 10 minit sahaja. Perluasan akses ini secara langsung akan meningkatkan lagi penyertaan pengguna negara pada segmen pelaburan. 

Secara menyeluruh, Maybank menjangkakan sejumlah 20,000 pengguna menyertai segmen pelaburan Maybank Goal-Based Investment bagi peringkat awal. Sebarang maklumat lanjut semua pihak boleh layari aplikasi MAE atau laman Maybank2u.