Artikel

KWSP Kini Tidak Lagi Menjadi Pemegang Saham Utama Affin Bank

Status sedemikian menurut kenyataan Bursa Malaysia telah dicapai pada 12 April lalu berikutan pelupusan saham Affin Bank dilaksanakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Makluman tersebut bagaimanapun tidak menyatakan sebarang nilai urus-niaga dan baki jumlah saham yang dipegang KWSP. Setakat akhir 2023, KWSP memiliki sejumlah 121.91 juta saham pada Affin Bank ini membawa kepada 5.195% kepentingan.

Tatkala pengurangan kepentingan berlaku dari KWSP, dimaklumkan kerajaan Sarawak pula dalam penelitian untuk meningkatkan pegangan mereka pada Affin Bank. Sehingga Januari lalu, terdapat potensi Sarawak meningkatkan pegangan mereka kepada 30% pada perbankan tersebut.

Namun, buat masa ini Lembaga Dana Angkatan Tentera (LTAT) masih direkodkan menjadi pemegang saham utama Affin Bank dengan memiliki 28.79% kepentingan, mendahului kedudukan yang lain.