Artikel

Ant International Buka Hab Niaga Digital Baharu Di Malaysia – Menjelang 2025

Setelah membuka hab teknologinya pada tahun ini –  Ant International, penyedia pembayaran digital dan teknologi kewangan (Fintech) global kini terus meluaskan jejak perkhidmatan mereka di negara, dengan memaklumkan akan membuka Pusat Niaga Digital baharu di Malaysia, menjelang 2025.

Menerusi penubuhan hab baharu yang akan bertempat di The Exchange 106 kelak, Ant International tidak sekadar memacu kemahiran digital negara – tetapi untuk tahun pertama pihaknya akan menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan buat bakat teknologi tempatan.

Kebanyakan peranan yang ditawarkan adalah jurutera pembangunan perisian, diikuti oleh bahagian produk dan reka bentuk, serta bahagian sains data dan kawalan risiko.

Malah pengambilan bakat tempatan ini dimaklumkan akan diteruskan dalam tempoh empat tahun mendatang sehingga 2028.

Selain membuka peluang di peringkat pasaran, Ant International bersama sokongan MDEC turut akan perluaskan pengetahuan digital operasi mereka bersama sektor pendidikan universiti negara. Setakat ini, sejumlah universiti dimaklumkan akan laksana kerjasama dan perincian tersebut akan dimaklumkan pada Mei dan Jun kelak. 

Adanya perluasan Ant International di Malaysia ini, ia secara langsung akan merancakkan lagi kemasukan pelaburan antarabangsa serta peluang pekerjaan digital yang lebih tinggi di pasaran negara.