Artikel

Sarawak: Lebih 50% Kes Kecurian Elektrik Negeri Libatkan Aktiviti Melombong Kriptowang Berlaku Di Miri

Sarawak Energy mendedahkan, lebih 50% kes kecurian elektrik yang melibatkan aktiviti perlombongan kriptowang di negeri tersebut berlaku di Miri. 

Ini merangkumi 260 kes yang direkodkan sejak tahun 2018 sehingga kini, di mana sekitar 156 kes iaitu hampir 60% kategori kes tersebut dilaporkan di Miri. Buat pengetahuan, kes sedemikian telah mengakibatkan berlakunya kerugian bulanan sekitar RM4 juta pada Sarawak Energy. 

Berikutan data ini, Sarawak Energy memberi peringatan kepada penyedia perkhidmatan yang menawarkan bil elektrik lebih rendah kepada penyewa untuk berhati-hati. Ini kerana tindakan tersebut berisiko melibatkan diri mereka pada aktiviti yang menyalahi undang-undang. 

Mana-mana pihak yang didapati bersalah, berpotensi dikenakan denda maksimum RM200,000 atau penjara sehingga 5 tahun jika sabit kesalahan atau penalti kedua-dua sekali.