Seiring dengan usaha untuk menyeimbangkan defisit fiskal negara, pentadbiran optimis untuk laksana pengurangan subsidi petrol pada tahun ini.
Perkongsian Menteri Ekonomi pada laporan Bloomberg ini menjelaskan, tindakan tersebut akan dilaksana secara berperingkat bersama kumpulan bersasar.
Sekiranya pelaksanaan tersebut ditangguh, ini akan memberi kesan kepada sasaran pertumbuhan negara. Di mana untuk mencapai paras fiskal 4.3%, pengurangan tersebut perlu dijalankan mengikut garis masa yang ditetapkan.
Melihat pada komitmen itu, dijangka pelaksanaan program subsidi bersasar RON95 berupaya dijalankan pada separuh kedua 2024 kelak.