Artikel

Bursa Akan Menyahsenarai Serba Dinamik – Jika Gagal Kemuka Pelan Penyusunan Semula Pada 15 Mei Ini

Sekiranya Serba Dinamik masih tidak mengemukakan pelan penyusunan semula operasi mereka pada 15 Mei ini, Bursa Malaysia memaklumkan syarikat tersebut akan dinyahsenarai daripada pasaran saham negara. 

Kedudukan Serba Dinamik semakin meruncing apabila diklasifikasikan berstatus PN17 pada Januari 2022.  PN17 atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah kumpulan syarikat yang memiliki masalah dalam aspek kewangan.

Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad.

Malah difahamkan syarikat seharusnya menyerahkan pelan penyusunan semula itu pada Januari 2023 namun telah diberi kelonggaran dengan lanjutan 6 bulan. Selain berdepan tekanan tersebut, saham Serba Dinamik ketika ini juga masih digantung daripada aliran dagangan sehingga diberitahu kelak.