Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan akan mengadakan Lelongan ke-17 Wang Kertas Ringgit dengan Nombor Siri Khas mulai 20 April sehingga 27 April ini. Tempoh tersebut membabitkan acara lelongan secara atas talian.
Sementara itu, acara lelongan secara bersemuka dan lelongan secara langsung pula dimaklumkan akan dilaksana pada 27 April di Sasana Kijang, BNM.
Menerusi anjuran itu, difahamkan wang kertas ringgit bersama nombor siri khas akan dilelong – seperti set 10 wang kertas terawal bersama nombor siri contoh PP0000001-0000010 serta set wang kertas dengan nombor siri istimewa (super solid) bersama awalan berulang seperti PP8888888.
Maka untuk ketahui lanjut, orang ramai boleh merujuk pada laman MNP Auctioneers yang akan bertindak selaku jurulelong rasmi yang dilantik BNM.