Kesan persaingan pasaran kurier semasa, GDEX Bhd kini bercadang mempelbagaikan rantaian utamanya dengan menceburi perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat (IT).
Makluman kepada Bursa Malaysia itu memperincikan, langkah ini adalah usaha operasi untuk memulihkan semula prestasi perolehan berikutan berdepan kerugian sejak suku pertama 2022.
Ketika ini segmen penghantaran ekspres menjadi antara saluran utama kepada pendapatan syarikat dengan lebih 85% menyumbang daripada jumlah pendapatan bagi tempoh 3 tahun sehingga 2023.
Maka berdasarkan rancangan itu, GDEX kini telah mengorak langkah dengan memliki pegangan ekuiti dalam 3 syarikat IT melibatkan kepentingan Web Bytes Sdn Bhd (38%), Sweetmag Solutions (M) Sdn Bhd (51%) dan Anon Security Sdn Bhd (60%).
Adanya kepelbagaian segmen perniagaan tersebut, GDEX menjangkakan sekitar 25% mampu disumbangkan semula kepada keuntungan kumpulan kelak.